Bajet urus rumah pangsa naik 10 kali ganda

Admin
WONG Hon Wai (empat dari kiri) bersama-sama penduduk Kampung Melayu sebelum memulakan kerja-kerja pengecatan semula di sini.
WONG Hon Wai (empat dari kiri) bersama-sama penduduk Kampung Melayu sebelum
memulakan kerja-kerja pengecatan semula di sini.

GEORGE TOWNDemi rakyat, di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), bajet pengurusan rumah pangsa awam telah dinaikkan kepada RM 10 juta (sejak tahun 2009) berbanding RM 1 juta ketika pemerintahan kerajaan lama, Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri PR memandang berat akan kebajikan penduduk-penduduk yang menghuni di rumah pangsa awam, ekoran itu, kami (Kerajaan Negeri) telah memperuntukkan peruntukan 10 kali ganda berbanding pentadbiran lama (BN).

“Antara projek-projek yang dijalankan menggunakan peruntukan tersebut adalah penukaran lif, pengecatan, penukaran paip air, penukaran paip kumbahan, penukaran wayar baru dan lain-lain.

“Rumah Pangsa Padang Tembak, Rumah Pangsa Kampung Melayu, Rumah Pangsa Tun Sardon, Rumah Pangsa Desa Wawasan, Ampang Jajar, Jalan Macallum dan Desa Jawi serta Taman Free School merupakan antara perumahan yang memperoleh faedah daripada peruntukan ini,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

PARA penduduk dan Wong Hon Wai mengadakan perbincangan berlatarbelakangkan Rumah Pangsa Kampung Melayu yang telah siap dicat.
PARA penduduk dan Wong Hon
Wai mengadakan perbincangan
berlatarbelakangkan Rumah Pangsa
Kampung Melayu yang telah siap dicat.

Jelas Hon Wai, Kerajaan Negeri lazimnya menguruskan 45 projek dengan 15,000 unit rumah awam di seluruh Pulau Pinang.

“Melalui peruntukan RM10 juta setiap tahun, ia akan memberikan manfaat kepada penghuni-penghuni di rumah-rumah pangsa awam di sini,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, contoh pertama dapat dilihat pada Rumah Pangsa sembilan blok di Padang Tembak, di sini.

“Blok E dan J yang dikosongkan sejak tahun 2000 telah dibaiki. Baru-baru ini majlis penyerahan kunci kepada 77 individu yang layak telah disempurnakan (fasa 1). Malah, perumahan di Padang Tembak juga menerima penaiktarafan sistem paip pembentungan.

“Rumah Pangsa Kampung Melayu di sini turut diberi ‘nafas baru’ oleh Kerajaan Negeri apabila projek mengecat semula telah dijalankan. Projek ini mendapat kerjasama pihak swasta termasuk inisiatif pendawaian semula sistem elektrik bagi menjamin keselamatan para penghuni,’’ jelas Hon Wai.