Pemutihan papan iklan bermula Ogos

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNLangkah drastik bagi memastikan pengurusan papan iklan di negeri Pulau Pinang lebih cekap, seragam, efisien, teratur, terkawal dan sah di sisi undang-undang bakal dilaksanakan bermula bulan ini (Ogos).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yow berkata, langkah tersebut adalah untuk menghalang daripada berlakunya kerugian lebih besar membabitkan pemilik papan iklan haram yang langsung tidak membuat sebarang bayaran kepada Kerajaan Negeri.

“Struktur iklan haram akan diputihkan bermula bulan ini (Ogos) apabila Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan lesen dudukan sementara (TOL) yang boleh diperoleh dari Pejabat Tanah dan Galian sehinggga hujung tahun ini kepada para pemilik papan iklan.

“Apabila TOL itu telah diperoleh, pemilik perlu merujuk kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyelesaikan permasalahan tersebut , ’’ katanya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan teragak-agak merobohkan manamana papan iklan yang tidak melakukan ‘pemutihan’ sebagaimana diarahkan.

“Ini termasuk papan-papan iklan haram yang didirikan selepas 31 Julai lalu.

“Sehingga kini, cuma 1,241 sahaja papan iklan telah didaftarkan pemilik masing-masing,” jelasnya.

Kata Kon Yeow, selain syarat penguatkuasaan mengenai pengurusan papan iklan yang bakal dilaksanakan pada tahun depan, permohonan berikutnya akan ditentu berdasarkan penilaian pihak PBT terhadap pemilik-pemilik berkenaan.

“Malah, papan iklan yang diluluskan pada tahun ini juga tidak semestinya menjamin kesinambungan bagi tahun berikutnya sekiranya PBT mendapati aspek teknikal pada struktur iklan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,’’ tegas beliau.

CHOW Kon Yeow (kanan) menunjukkan dokumen proses pemutihan papan iklan di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (kanan) menunjukkan dokumen proses
pemutihan papan iklan di sini baru-baru ini.