“Banjir 20 tahun tidak biasa,’’ KM

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

DATOK KERAMAT“Saya sama sekali tidak boleh menerima jawapan ini seolah-olah penduduk sudah biasa menderita akibat banjir,” tegas Ketua Menteri mengulas mengenai kejadian banjir yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Datok Keramat di sini baru-baru ini.

Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian ekoran maklum balas penduduk bahawa mereka telah biasa dengan fenomena yang berlaku sejak 20 tahun itu hingga kini. Maklum balas tersebut diberikan ketika beliau bersama pucuk pimpinan Kerajaan Negeri turun padang untuk mengedarkan nasi bungkus kepada mangsa-mangsa banjir di sini.

“Ketika menghantar nasi kepada penduduk semasa banjir, ada penduduk mengatakan kepada saya, ‘tidak apalah, kami sudah biasa’ (kejadian banjir). Saya sama sekali tidak boleh menerima jawapan ini,’’ tegasnya pada ucaptama Program Ramah Mesra Penduduk DUN Datok Keramat di sini baru-baru ini.

Katanya, sebelum ini, bagi mengatasi masalah banjir yang menghantui penduduk di sini, rancangan tebatan banjir (RTB) telah dilaksanakan berbanding kerajaan dahulu yang bersikap acuh tak acuh.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri kini menggerakkan secara aktif RTB Sungai Pinang fasa dua yang dijangka menjadi jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Bersempena penganjuran tersebut, seramai 30 penduduk kurang bernasib baik turut menerima sumbangan hamper.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kebun Lama (PPKL), Datuk Omar Merican.

Dalam pada itu, tambah Guan Eng, Pulau Pinang merupakan negeri yang tidak mempunyai mempunyai hasil komoditi seperti balak, getah, petroleum dan sebagainya, namun, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir negeri ini dengan baik di samping menyampaikan bantuan kebajikan kepada rakyat.

JAGDEEP Singh Deo (dua dari kanan) menyampaikan hamper kepada salah seorang penduduk bersempena penganjuran Program Ramah Mesra Penduduk DUN Datok Keramat di sini baru-baru ini.
JAGDEEP Singh Deo (dua dari kanan) menyampaikan hamper
kepada salah seorang penduduk bersempena penganjuran
Program Ramah Mesra Penduduk DUN Datok Keramat di sini baru-baru ini.