KM bertemu penduduk Flat Lily

Admin

 

ACARA kerusi berirama penuh gelagat yang mencuit hati sempena sambutan Hari Keluarga 2012 & Majlis Jamuan Tengahari yang diadakan di Flat Lily di sini baru-baru ini.
ACARA kerusi berirama penuh gelagat yang mencuit hati sempena sambutan Hari
Keluarga 2012 & Majlis Jamuan Tengahari yang diadakan di Flat Lily di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

PULAU BETONGSambutan Hari Keluarga 2012 & Majlis Jamuan Tengahari yang julung kali dianjurkan di Flat Lily di sini meriah dengan kehadiran Y.A.B. Ketua Menteri baru-baru ini.

 Malah, keakraban dan ukhuwah yang ditonjolkan oleh penduduk adalah amat muhibbah dengan sambutan di luar jangkaan apabila Ketua Menteri turun padang meluangkan masa bersama para enduduk di sini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, program tersebut dianjurkan Pejabat PPK dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

“Alhamdulillah, kalau kita tengok pada hari ini, memang jelas terpancar keharmonian kaum di sini.

“Sebelum ini, belum ada lagi Ketua Menteri yang sudi datang untuk sama-sama meraikan Hari Keluarga,” ujar

Tuah yang turut menyifatkan sambutan pada hari tersebut sebagai suatu kejayaan apabila pelbagai kaum dengan pelbagai latar belakang turut serta memeriahkan sambutan.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Mohamad Daud Abdull Hamid; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow.

Penganjuran tersebut turut diserikan dengan pelbagai acara termasuk kerusi berirama, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, sukaneka dan juga pameran korporat dari Jabatan Penjara Malaysia.