Bas percuma untuk pengunjung Exco Hijau 2013

Oleh: AINUL WaRDAH SOHILLI

GEORGE ToWN – Perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma ulang alik dari beberapa lokasi ke Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dekat Bayan Lepas akan disediakan untuk pengunjung sempena penganjuran Ekspo Hijau Pulau Pinang 2013 selama dua hari bermula 21 September ini.

Pengerusi Penganjurnya, Teh Yee Cheu berkata, lapan lokasi dipilih, iaitu dari Jeti Butterworth ke Chai Leng Park (Caltex), dari Juru Autocity (Starbucks) ke Sunway Carnival, dari jeti Pulau Pinang ke Komtar (hadapan CIMB) dan dari depo Balik Pulau ke Pasar Lama Balik Pulau.

Tambah beliau, perkhidmatan itu beroperasi bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, manakala, perjalanan dari PISA pula dijadualkan pada jam 1.00 petang, 3.00 petang dan 6.15 petang sahaja.

“Tempat duduk bas percuma ini menggunakan konsep first-come, firstserved.

“Kapisiti adalah terhad, jadi pengunjung yang ingin datang ke ekspo secara berkumpulan, bolehlah membuat prapendaftaran untuk mengelak kekecewaan,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM25,000 serta pakej percutian ke Beijing bernilai RM1,000 yang ditaja oleh Explore Malaysiaku Holidays Sdn. Bhd.

Sila layari laman sesawang PGC di www.pgc.com.my/penanggreenexpo2013 atau menghubungi talian 04-650 5558 atau
emel kepada [email protected] untuk mendapatkan informasi lanjut.