Bayar segera cukai taksiran demi majukan negeri

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

SEBERANG PERAIMajlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyeru orang ramai menjelaskan bayaran cukai taksiran masing-masing bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Tindakan tersebut adalah termasuk rampasan harta alih, lelongan awam harta alih, kes diserah kepada panel peguam untuk tindakan mahkamah, kes diserah kepada pasukan khas atau debt collector (pemungut cukai) dan kes akan dikaveat.

SOON Lip Chee.
SOON Lip Chee.

Ahli Majlis MPSP, Soon Lip Chee dalam kenyataannya berkata, berdasarkan laporan prestasi cukai taksiran penggal pertama 2012 (1 Januari hingga 30 Jun 2012), hasil cukai semasa yang dikutip adalah RM 59.9 juta manakala hasil cukai tunggakan, RM 7.81 juta.

“Berdasarkan hasil cukai semasa yang dikutip, jumlah tersebut mencatatkan pengurangan 48.6 peratus daripada jumlah sasaran, RM11 7 . 1 juta secara keseluruhan. Malah, bagi hasil cukai tunggakan adalah sebanyak 49.01 juta daripada jumlah sasaran, RM 132.1 juta,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Lip Chee menambah, bagi statistik waran, jumlah kes terlibat adalah sebanyak 5,238.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,121 kes adalah membabitkan Borang H dan Borang G, 117,’’ jelasnya.

Beliau menyatakan bahawa, kawasan komersial yang mencatatkan tunggakan tertinggi adalah Bandar Perai Jaya dan Megamall dengan nilai RM12.26 juta, diikuti, Plaza Utama (RM 8.6 juta), Pusat Perniagaan Maju (RM4.58 juta), Plaza Impian Jalan Rozhan (RM 1.23 juta) dan Plaza Bukit Mertajam (RM 1.06 juta).

“Antara rumah kediaman yang mencatatkan tunggakan tertinggi adalah Taman Bidara sebanyak RM 0.45 juta, Taman Tasek Mutiara (RM 0.42 juta), Kondominium Mutiara (RM 0 . 3 7 j u t a ) d an Taman Inderawasih (RM 0.36 juta).

“Tunggakan cukai klinik bagi tempoh sama adalah berjumlah RM 359,437.38,’’ ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya lagi, jumlah tunggakan cukai taksiran penggal pertama tahun ini adalah sebanyak RM 9.06 juta.

Lanjutan itu, Lip Chee turut menyeru supaya orang ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing memandangkan cukai juga adalah sumber bagi memajukan sesebuah negeri.