‘Berat sama dipikul demi Bayan Baru’ – Mohd. Rashid

Admin

PANTAI JEREJAK – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Mohd. Rashid Hasnon baru-baru ini mengadakan lawatan ke Pasar Awam Bayan Baru bagi bertemu dengan masyarakat setempat di sini.

Selain para peniaga, Tze Tzin dan Mohd. Rashid turut beramah- mesra dengan pengunjung pasar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, keturunan dan jantina.

Mohd. Rashid yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I, berjanji akan memberi yang terbaik khas buat masyarakat di Pantai Jerejak di sini. “Berat sama dipikul demi Bayan Baru,” katanya baru-baru ini.