Keperluan nelayan dapat perhatian

Admin

SUMBANGAN PUKAT DUA KALI SETAHUN…. Jangka hayat pukat nelayan yang hanya mampu bertahan selama enam bulan berjaya memperoleh perhatian Kerajaan Negeri apabila sumbangan kelengkapan terbabit bakal disumbangkan dua kali dalam tempoh setahun.

Kenyataan tersebut dinyatakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika menyempurnakan majlis sumbangan bantuan pukat kepada 501 nelayan yang berpangkalan di Daerah Barat Daya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri juga prihatin dan peka dengan dilema nelayan yang berhadapan dengan masalah kelonggaran penguatkuasaan pihak-pihak tertentu sehingga menjejaskan hasil tangkapan masing-masing.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain.