Biro Perkhidmatan Pengaduan Awam perkasakan urustadbir CAT

Admin

 

GEORGE TOWN – Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri (KN) memperkasakan Urustadbir CAT ( Cekap, Akauntabel, Telus ), sebuah badan Biro Perkhidmatan Pengaduan Awam (BPPA) telah ditubuhkan di bawah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang berpusat di Pejabat Ketua Menteri, Komtar.

Dengan tertubuhnya BPPA ini, rakyat boleh menyalurkan sebarang maklumat atau pengaduan awam terus kepada wakil-wakil Pejabat Ketua Menteri kecuali hal berkaitan peribadi dan “Ahlong”.

“Selain memudahkan rakyat Pulau Pinang untuk menyuarakan masalah yang dihadapi, BPPA juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara rakyat dengan wakil-wakil Pejabat Ketua Menteri,” kata Ng Wei Aik selaku Pengerusi BPPA pada sidang akhbar yang diadakan di Komtar, baru-baru ini.

Seramai 10 orang telah dilantik mewakili kawasan Seberang dan kawasan Pulau. Berikut ialah senarai wakil-wakil yang bertanggungjawab di dalam pengurusan BPPA :-

Y.B./ Pegawai Di Bahagian Pulau

Bil.

Nama

No. Telefon

1

Y.B. Ng Wei Aik

019-210 6040

2

Zainudin Hanif

012-496 7536

3

Mohd Shawal Ahmad

012-424 9004

4

Ong Beng Guat

012-477 2634

Y.B./ Pegawai Di Seberang Perai

Bil.

Nama

No. Telefon

1

Y.B. Michael Tan

012-487 3101

2

Anuar Hashim

013-402 7772

3

Abdul Halim Abdullah

012-576 1930

4

Salehin Mohamed

017-427 1581

5

Abdul Jalil Che Ros

013-489 3227

6

Rosidi Hussain

019-470 4800

Selain daripada itu, orang ramai juga boleh terus menghubungi Ibu Pejabat Ketua Menteri di talian 04-650 5556/ 04-650 5564 atau emel di : [email protected].

KN berharap agar masyarakat dapat mempraktikkan BPPA dengan sebaik mungkin dan tidak sesekali menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan demi kebaikan semua pihak.