MPME letak PP dalam peta pelancongan dunia

Admin

LIM Guan Eng (tengah) sambil ditemani Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow (kiri) dan Ooi Geok Ling (kanan) menunjukkan set poskad yang digunakan untuk tujuan mempromosikan ‘My Penang,My Experience’ baru-baru ini.
LIM Guan Eng (tengah) sambil ditemani Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow (kiri) dan Ooi Geok Ling (kanan) menunjukkan set poskad yang digunakan untuk tujuan mempromosikan ‘My Penang,My Experience’ baru-baru ini.

 

GEORGE TOWN – Baru-baru ini, Penang Global Tourism (PGT) telah melancarkan kempen terbaru, ‘My Penang, My Experience’ (MPME). Kempen yang bukan sahaja meletakkan Pulau Pinang dalam peta pelancongan dunia malah turut mempamerkan ikon-ikon pelancongan, kebudayaan dan seni bina Pulau Pinang yang unik dan tersendiri di persada dunia.

Kempen MPME yang julung kali dilancarkan ini memaparkan imej-imej yang diambil sekitar kawasan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, imej-imej tersebut juga turut memaparkan kepelbagaian kebudayaan dan kehidupan sebenar masyarakat di Pulau Pinang. Malah, kempen ini juga memaparkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh warga Pulau Pinang mahupun pelancong yang datang melawat ke Pulau Pinang.

Pengarah Urusan PGT, Ooi Geok Ling menyatakan bahawa kempen tujuh bulan tersebut akan dimulakan di Singapura. Singapura menjadi destinasi pertama berdasarkan jumlah pelancong Singapura yang memasuki Pulau Pinang tahun lalu seramai 96,400 orang (kedua tertinggi selepas Indonesia seramai 192,404) melalui udara (jumlah kemasukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang).

Selain itu, kita juga telah meletakkan 34 ‘mega poster’ sepanjang stesen MRT Dhoby Ghaut bagi tempoh lapan minggu,”ujar Geok Ling.

Majlis MPME dirasmikan oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri yang turut menyatakan bahawa Pulau Pinang akan meneruskan Kempen MPME ini di beberapa destinasi lain, antaranya Indonesia dan Thailand.

Kempen ini bukanlah semata-mata untuk warga Pulau Pinang tetapi ianya untuk semua,” ujar beliau.

Kempen MPME ini merupakan ilham Richard Hsu yang telah jatuh cinta dengan keindahan dan keunikan Pulau Pinang ketika percutian beliau ke Pulau Pinang Februari lalu. Malah imej-imej yang digunakan dalam kempen ini adalah hasil dan kreativiti beliau sendiri.

Untuk sebarang informasi terkini, sila layari laman sesawang berikut http://www.visitpenang.gov.my/portal3/ atau ikuti PGT di Facebook http://www.facebook.com/pages/Penang-Global-Tourism/113833301998405.