Bonus minimum RM700 Dis. ini

GEORGE TOWN – Hampir 4,000 penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 bagi tahun 2013 lebih awal, iaitu pada Disember ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2014 Pulau Pinang berkata, pembayaran bonus lebih awal itu diharap dapat membantu penjawat awam membuat persiapan anak-anak ke sekolah.

“(Bonus ) yang akan dibayar bukan pada Januari 2014, tetapi, pada Disember semasa 2013,” ujarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, guru-guru dan penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) turut akan menerima bonus RM400 seorang.

Terdahulu, 3,910 penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM600 sempena
menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Guru-guru dan penyelia KAFA turut menerima RM300 ‘bonus duit raya’.

Guan Eng berkata, kesemua pemberian bonus itu menelan belanja sebanyak RM4.4 juta.

Menurut beliau, pemberian bonus bagi tahun 2013 yang bakal diterima pada Disember ini sekaligus menyamai bonus satu bulan gaji.