Fiesta Sukan Komuniti popularkan semula sukan tradisional

SUNGAI BAKAP – Sukan-sukan tradisional seperti tarik upih, terompah tempurung, boling kelapa dan ayunan kain batik seharusnya diperkenalkan semula agar ia kekal segar dan tidak dilupakan generasi muda kini.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng berkata, generasi muda hari ini kebanyakannya tidak mengenali sukansukan traditional, malah mengganggapnya sudah tidak relevan ekoran kemajuan teknologi.

“Oleh itu, kita (Kerajaan Negeri) melalui Pejabat Daerah dan Tanah akan terus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat termasuk memperkenalkan kembali sukansukan tradisional kepada anak-anak muda menerusi Fiesta Sukan Komuniti supaya permainan ini dapat dimainkan semula melalui program-program komuniti.

“Ini kerana sukan tradisional bukan sahaja untuk masyarakat Melayu, malah kaum lain juga boleh turut bermain dan mendalami ia,’’ ucapnya pada Majlis Perasmian Fiesta Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) di Dewan Serbaguna Sungai Kechil di sini baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Maktar Shapee dan Ketua Penolong Pegawai Daerah SPS, Huzaimi Ghazali turut sertai majlis perasmian tersebut.

Lebih 10 permainan tradisi diketengahkan melibatkan lebih 100 peserta pada penganjuran berkaitan.