Butterworth Discovery Walk semarak nilai seni, budaya pekan lama

BAGAN DALAM – Butterworth Discovery Walk 2016 dianjurkan demi menyemarakkan penghayatan aset kesenian dan nilai kebudayaan yang wujud di sekitar Pekan Lama Butterworth di sini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBPP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif dalam ucapannya memberitahu bahawa penganjuran program tersebut adalah selaras dengan Pelan Butterworth Baharu, dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity).

“Pelan Butterworth Baharu ini diharap akan mengembalikan semula kegemilangan juga kelestarian Bandar Butterworth,” katanya pada Majlis Perasmian Butterworth Discovery Walk 2016 di perkarangan Padang Pemuda Merdeka di sini baru-baru ini.

Turut berucap, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng serta Pengarah Projek Butterworth Baharu dari ThinkCity.

Difahamkan, Pekan Lama Butterworth merupakan antara empat lokasi yang akan diremajakan oleh ThinkCity dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tiga lokasi lain adalah Penang Sentral, Butterworth Waterfront dan Sungai Perai.

Sejak tahun 2011, MPSP bekerjasama dengan ThinkCity dalam meremajakan Butterworth serta mengembalikan semula kegemilangan kawasan-kawasan pelancongan warisan berwajib tersebut.

Kedua-dua pihak bekerjasama melakukan kajian lapangan dan penyelidikan terperinci mengenai potensi Butterworth dalam tempoh dua tahun, sejak 2014.

Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 12 aktiviti dilakukan oleh MPSP bersama-sama ThinkCity.

Antaranya, baseline survey & study of Downtown Butterworth, 1st International Arts Festival dekat Butterworth di bawah Butterworth Fringe Butterworth (BFF), Six Seberang Perai Stories, Gotong-royong dekat Taman Pantai, Jeti Lama dan Rope Walk Bagan, rundingan awam dengan komuniti Taman Pantai serta kaum peniaga Rope Walk Bagan, penarafan Jalan Jeti Lama, Jalan Pasar dan Jalan Dato’ Haji Ahmad Said, cetakan 12 poskad mengenai Butterworth Quick Guide dengan pemetaan informasi dalam internet (www.Butterworthguide.com), pemetaan masjid-masjid warisan di Seberang Perai, BFF serta Pelan Tindakan Pekan Lama.