Cabutan bertuah Ipad3 untuk pembayar cukai MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menganjurkan cabutan bertuah berupa Ipad3, komputer riba, telefon intar, barangan elektrik serta kamera sebagai menghargai pemilik-pemilik premis berwajib yang membayar cukai taksiran bagi tahun depan.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, itu tidak termasuk pemberian kupon parkir kereta secara percuma kepada pembayar cukai taksiran yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2013 beserta tunggakan pada 1 hingga 31 Disember 2013.

“Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik MPSP,” ujar beliau baru-baru ini selepas selesai Mesyuarat Penuh di Ibu Pejabat Kompleks MPSP, di sini.

Beliau berkata, MPSP menyediakan 25,000 kupon parkir dan pengguna boleh mendapatkannya di Kaunter Bayaran MPSP dekat Bandar
Perda (Bukit Mertajam), Jawi dan Butterworth di sini.

Info lanjut, katanya, boleh hubungi talian 04 – 549 7470/471/ 697/696/695/468 atau email ke [email protected].

MAIMUNAH Mohd. Sharif (tujuh dari kanan) bersama Ahli-ahli Majlis MPSP menunjukkan sepanduk bayaran cukai pintu 2013 selepas Mesyuarat Penuh di sini baru-baru ini.
MAIMUNAH Mohd. Sharif (tujuh dari kanan) bersama Ahli-ahli
Majlis MPSP menunjukkan sepanduk bayaran cukai pintu 2013
selepas Mesyuarat Penuh di sini baru-baru ini.