City Walk 1.1.14 had penyertaan 7,000 peserta

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF


GEORGE TOWN – Penganjuran program tahunan berbentuk rekreasi keluarga, City Walk 1.1.2014 bakal mengehadkan jumlah penyertaan seramai 7,000 peserta sahaja pada kali ini.

Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, jawatankuasa penganjur hanya menghadkan acara kepada 7,000 peserta sahaja dan pendaftaran akan ditutup selepas menerima jumlah penyertaan yang dipersetujui.

“Peserta-peserta yang mendaftar akan dibekalkan dengan kemeja T, goodies bag dan juga cabutan bertuah,” ujar pada sidang media pengumuman penganjuran City Walk 1.1.2014 di sini baru-baru ini.

City Walk 1.1.2014 merupakan acara yang diadakan sempena sambutan City Day atau Hari Bandaran yang jatuh pada cuti umum sambutan tahun baru pada 1 Januari.

Penganjur utama program adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bakal bekerjasama Kelab Pengembara Pulau Pinang (PAC) bagi menjayakan program di Lebuh Pantai di sini tersebut.

Menurut Patahiyah, acara berkenaan adalah berbentuk rekreasi keluarga dan bukannya pertandingan di mana para peserta dikehendaki berjalan sejauh lima kilometer.

“Para peserta akan melalui jalan-jalan di sekitar kawasan warisan seperti Fort Cornwallis, Town Hall, Khoo Kongsi, Masjid Melayu, Lebuh Acheh, Kuil Sri Mahamariamman dan beberapa lokasi warisan yang lain.

Hadir sama, wakil dari PAC, Wong Pang Kong dan Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha.

Bagi pendaftaraan, yuran penyertaan sebanyak RM10 akan dikenakan terhadap mereka berumur 13 tahun ke atas dan RM5 (5 hingga 12 tahun). Sebarang pertanyaan sila layari laman sesawang http://www.pac.com.my atau www.mppp.gov.my.