Derma alat mainan untuk kebajikan

BETTY Chew (tengah) menyiram pokok yang baru ditanam sebagai simbolik majlis penyerahan alat mainan serta patung program Perpustakaan Mainan Pulau Pinang di SJKC Kwang Wah, Butterworth di sini baru-baru ini.
BETTY Chew (tengah) menyiram pokok yang baru ditanam sebagai simbolik majlis penyerahan alat mainan serta patung program Perpustakaan Mainan Pulau Pinang di SJKC Kwang Wah, Butterworth di sini baru-baru ini.

PRIHATIN… Demi menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak, Persatuan Wanita Mutiara Pulau Pinang dianggotai isteri-isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini telah melancarkan program Perpustakaan Mainan Pulau Pinang (Penang Toy Library) bagi menggalakkan komuniti menderma alat mainan dan patung-patung terpakai kepada golongan kanak-kanak tidak bernasib baik serta berkemampuan.

Selaras dengan inisiatif tersebut, ibu bapa dan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Wah, Butterworth telah berjaya mengumpul kira-kira 1,000 alat mainan dan juga patung terpakai dalam tempoh masa setahun.

Ekoran itu, satu majlis penyerahan alat mainan serta patung telah diadakan diwakili isteri kepada Ketua Menteri, Betty Chew selaku Pengerusi Persatuan Wanita Mutiara Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Ketibaan Betty pada hari berkenaan disambut meriah dengan persembahan tarian naga, pameran kraftangan para pelajar serta penanaman pokok sebagai simbolik program bersejarah yang berlangsung di sekolah berkenaan.