Dr. Afif jelajah desa, pantau program kebajikan rakyat

Teks & Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

PENAGA – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin meramahi para nelayan di Pasar Bisik Kuala Muda di sini baru-baru ini.

Sesi ramah mesra itu adalah susulan daripada Program Jelajah Desa 2014 Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang = Perai Tengah (SPT) di bawah Projek Khas Ekonomi MMK Pembangunan Desa dijawat beliau.

Afif berkata, program jelajah dianjurkan Pejabat Daerah dan Tanah SPU dan SPT tersebut bertujuan meninjau kerjakerja penyiapan rumah baru dan pembaikian yang telah dijalankan untuk golongan tidak mampu di daerah masing-masing.

“Selain itu, beberapa jenis bantuan termasuk sumbangan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi di bawah Program Pembangunan Industri Desa Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) serta bantuan sara hidup untuk golongan kurang berkemampuan turut diagihkan,” katanya di sini baru-baru ini.

Turut serta, Pegawai Daerah SPU, Saodah Nawawi dan Pegawai Daerah SPT, Jusni Ismail. Susulan itu, Afif turut menyeru supaya pegawai penyelaras kawasan dewan undangan negeri (PPK), penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di daerah-daerah terbabit supaya menjalankan tugas diberi dengan penuh amanah dan sentiasa turun padang membantu rakyat memerlukan