DUN Penaga juara tarik tali Karnival Harmoni

TIMBALAN Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man (kiri sekali) menunjukkan bakat memanah sempena penganjuran Karnival Harmoni Peringkat Daerah SPU di sini baru-baru ini.
TIMBALAN Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man (kiri sekali) menunjukkan bakat memanah sempena penganjuran Karnival Harmoni Peringkat Daerah SPU di sini baru-baru ini.

 

KEPALA BATAS – Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga muncul sebagai juara Pertandingan Tarik Tali yang diadakan bersempena dengan penganjuran Karnival Harmoni Peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) anjuran Bahagian Penerangan Pejabat Ketua Menteri baru-baru ini.

Pasukan yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Guar Kepah tersebut berjaya memenangi hadiah wang tunai RM400 berserta pingat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Lazimnya, penganjuran yang bertujuan merapatkan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dengan rakyat telah berlangsung sepanjang bulan Julai 2011 di setiap daerah di negeri ini.

Selain sukan rakyat, acara lain yang diadakan adalah sukaneka kanak-kanak dan pertandingan mewarna. Turut diadakan adalah kempen derma darah dan juga pameran korporat membabitkan agen-agensi kerajaan, perbadanan Kerajaan Negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Harmoni Peringkat Daerah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang julung kali diadakan ini bukan hanya memberi peluang kepada rakyat bermesra dengan pemimpin negeri, malah, pada masa sama, ia turut memanfaatkan penduduk setempat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan-perkhidmatan ditawarkan oleh organisasi-organisasi tertentu di sini.

Pegawai Penyelaras DUN Teluk Bahang, Mohamad Shawal Ahmed (berdiri) memerhatikan para peserta mewarna menyiapkan lukisan masing-masing.
Pegawai Penyelaras DUN Teluk Bahang, Mohamad Shawal Ahmed (berdiri) memerhatikan para peserta mewarna menyiapkan lukisan masing-masing.