ECCE sediakan modal insan cemerlang dalam bidang sains

Admin

GEORGE TOWN – Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kemahiran saintis, satu bengkel Penjagaan dan Pendidikan Kanak-kanak (ECCE) dianjurkan baru-baru ini bertempat di Tech Dome Penang (TDP).

Presiden ECCE, DR. Chiam Heng Keng dalam ucapannya berkata, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak perli dititik beratkan dari awal bagi memastikan golongan ini mendapat pendidikan awal.

“Segala aktiviti dan pengalaman yang diperolehi amatlah menyeronokkan dan mereka (kanak-kanak) ini turut dibantu oleh fasilitator yang berpengalaman dan mempunyai reputasi baik.

“Adalah penting untuk siap-siagakan kanak-kanak ini dengan ilmu yang cukup terutamanya dalam bidang sains dan matematik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang,” ujarnya.

Hadir menyempurnakan majlis, Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Mohd. Jamil Mohamed turut hadir sama.

Difahamkan, program berkaitan yang berlangsung selama dua hari melibatkan kira-kira 35 pelajar dari dalam dan luar negara.

Oleh : YUSNINA MOHAMAD YUSOF

Gambar : NUR AFIQAH ZAINUDI