Edar 120 balang kuih raya hargai barisan hadapan Kebun Bunga

Admin

KEBUN BUNGA – Sebagai penghargaan kepada barisan hadapan yang bertugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga, sebanyak 120 balang kuih raya diedarkan pagi ini menjelang Aidilfitri.

Edaran dilakukan oleh ADUN Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee bertempat di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Tembak.

“Ini sebagai satu penghargaan kepada barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, keselamatan, kakitangan Bahagaian Perumahan Kerajaan Negeri dan semua yang bertungkus-lumus bertugas dari mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

“Ini semua merupakan satu usaha yang baik daripada Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Kebun Bunga… saya sendiri saksi melihat kegigihan mereka menyiapkan aneka kuih raya untuk diberikan kepada barisan-barisan hadapan yang amat berdedikasi menjalankan tugas,” ujar beliau kepada media pagi ini.

Hadir sama, Pengerusi JPWK Padang Tembak, Pang Yuen Khim, para wakil-wakil barisan hadapan.

Dalam perkembangan lain, Khan Lee hari ini turut melancarkan penggunaan copper plastic cover di Taman Bukit Erskine dalam menngekang penularan bakteria melalui kemudahan awam.

Jelsnya bahan terbabit sudah mendapat penggunaan meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan lain-lain sebelum COVID.

“Saya sendiri dapatkannya dari luar negara, ianya bukanlah sesuatu yang murah. Fungsinya bersifat anti bakteria untuk menjamin kebersihan.

“Di Taman Bukit Erskine kita letakkan di butang-butang lif, saya sendiri menggunakannya untuk membalut pemegang pintu di pejabat saya,” jelasnya lagi.

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI