Edar bubur asyura santuni penjawat awam

Admin

SANTUNI PENJAWAT AWAM… Sempena masih berada dalam bulan Muharam, Persatuan Berbasikal Bike Maxx bersama Persatuan Kami Peduli mengambil inisiatif mengedar bubur asyura kepada penjawat awam di Komtar 1 September lalu.

 

Pengerusi Persatuan Berbasikal Bike Maxx merangkap Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohamed Yusoff Mohamed Noor berkata pihaknya memperuntukkan 400 bungkusan bubur tersebut.

“Ini merupakan tradisi biasa menyambut bulan Muharam bagi meraikan bulan pertama dalam kalender Islam.

 

“Ini juga sebagai simbol perkongsian rezeki kepada penjawat-penjawat awam yang senantisa berdedikasi menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan,” jelas beliau kepada Buletin Mutiara baru-baru ini.

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang turut bantu membuat edaran.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD