Edisi khas : Ke arah Pulau Pinang Bersih & Hijau

Admin

ORANG ramai berpusu-pusu mendapatkan beg mesra alam sekitar daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Plaza Gurney pada Januari 2011.
ORANG ramai berpusu-pusu mendapatkan beg mesra alam sekitar daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Plaza Gurney pada Januari 2011.

 

TINDAKAN menguatkuasakan ‘Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari’ bermula 1 Januari 2011 dilihat sebagai langkah berani yang menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) terhadap komitmen pemuliharaan alam sekitar.

Tidak dinafikan, pelaksanaan inisiatif tersebut turut dilihat dapat menggugat populariti Kerajaan Negeri PR ekoran banyak pihak yang bakal merasa pedasnya. Selain pengusaha plastik, paling terasa adalah barisan pembangkang yang sebelum ini gagal melaksanakan sebarang inisiatif atau program ‘hijau’ bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bersih, ceria dan indah bagi habitat yang mapan.

KETUA Menteri (kiri sekali), barisan Exco Kerajaan Negeri dan YDP MPSP, Mokthar Jait (dua dari kiri) bertungkus-lumus memungut sampah pada program Pembersihan Pantai Robina.
KETUA Menteri (kiri sekali), barisan Exco Kerajaan Negeri dan YDP MPSP, Mokthar Jait (dua dari kiri) bertungkus-lumus memungut sampah pada program Pembersihan Pantai Robina.

Bermula pada 6 Julai 2009, Kerajaan Negeri telah melancarkan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada setiap hari Isnin. Empat bulan selepas pelaksanaan kempen tersebut, Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan penggunaan lebih daripada 1 juta beg plastik. Susulan itu, insiatif tersebut kemudian telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Januari 2010. Manakala pada 1 Januari 2011, ia dilaksanakan pada setiap hari. Bagi mempergiatkan amalan 3Rs iaitu Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula (Recycle), penggunaan bekas makanan polisterin turut dilarang di semua program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri.

BARISAN sukarelawan yang mengambil bahagian di dalam program Spring Cleaning @ George Town World Heritage Site pada Januari 2011.
BARISAN sukarelawan yang mengambil bahagian di dalam program Spring Cleaning @ George Town World Heritage Site pada Januari 2011.

Sehingga Mac 2011, atau lebih tepat tiga tahun di bawah pemerintahan PR, tahap kualiti air di Sungai Pinang telah ditpertingkatkan ke kelas ketiga berbanding empat tahun lalu yang mana ia diklasifikasikan sebagai antara tujuh batang sungai paling tercemar di Malaysia. Malah, Sungai Juru (yang sebelum ini turut tergolong di dalam kategori sama) juga telah terkeluar daripada senarai berkenaan.

Antara program-program pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan sepanjang tiga tahun ini adalah :

  • Dua program pembersihan pantai telah diadakan. Penganjuran pertama pada 18 April 2010 di pesisir pantai Gurney bersempena dengan Hari Bumi Sedunia manakala penganjuran kedua yang diadakan secara serentak dengan 100 lebih buah negara di seluruh dunia telah berlangsung di Pantai Bersih dan Pantai Robina, Seberang Perai Utara (SPU).

  • Kempen ’Penang Hijau Bersih’ atau ’Cleaner Greener Penang’ bagi memulihkan persekitaran hidup ke arah sebuah bandaraya bersih dan hijau bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk yang dilancarkan pada 22 Mei 2010.

  • Mewartakan tanah kerajaan seluas 10.1 ekar di Bukit Mertajam atau Bukit DO sebagai taman rekreasi yang baru. Pewartaaan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tanah pada 24 Ogos 2010.

  • Konsert hijau yang berjaya mengumpulkan artis-artis dari dalam dan luar negara.

  • Penubuhan Pusat Sumber Alam Sekitar

  • Penanaman 1.6 juta pokok

  • Pendaftaran Warga Hijau

  • Anugerah Sekolah Hijau

  • Program Sembang Hijau

  • Earth Hour 2010 dan Earth Hour 2011

  • Dll

Program yang dijalankan menerusi Pulau Pinang Bersih dah Hijau oleh MPSP :

Bil.

Program / Aktiviti

Tahun 2010

Tahun 2011 (sehingga 31 Mac)

1

Ceramah/pameran kitar semula

98

14

2

Lawatan penerangan ke kilang

125

45

3

Aktiviti penjualan di pusat pengumpulan

173

42

4

Gotong-royong bersih dan hijau

258

67

5

Aktiviti pengkomposan

10

10

6

Ceramah sekolah hijau

14

9

7

Hasilan sabun dari sisa lemak

2

4

8

EM mud ball

39

5

9

Kempen pengurangan beg plastik

5

12

JUMLAH

724

208

Program yang dijalankan menerusi Pulau Pinang Bersih dah Hijau oleh MPPP hingga Disember 2010 :

Bil.

Program

Jumlah

1

Gotong-royong

162

2

Kempen dan ceramah program kitar semula

22

3

Ops Sinar

122

4

LA21

27

5

Program komuniti setempat bersama ahli majlis

667

6

Program penghijauan (penanaman pokok)

Bilangan pokok yang ditanam oleh MPPP

Bilangan pokok yang ditanam oleh pihak swasta

148

1,557

7

EM mud ball

20

8

Anugerah Sekolah Hijau

1

PROGRAM-PROGRAM TAMBAHAN :

  • Gotong-royong diadakan pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan.

  • Pembersihan Ops Sinar pada setiap Jumaat.

  • Pembersihan Ops Combi.

  • Ops ‘Pickers’ dijalankan setiap hari di kawasan pelancongan seperti Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan Promenade Sungai Pinang.

  • Skuad ‘Anti Litter’ untuk mengeluarkan saman kepada orang ramai yang membuang sampah telah diwujudkan dengan memberi tumpuan kawasan pelancongan.

  • Spring Cleaning @ George Town World Heritage Site pada 9 Januari 2011

Perangkaan Penanaman Pokok Di Bahagian Pulau, Pulau Pinang :

Tahun

Pokok Teduhan

Pokok Renek

2009

10,461

11,630

2010

13,948

15,497

BERAT BAHAN KITAR SEMULA (2005 – 2010)

  1. Sisa buangan setahun (tan metrik)

  2. Sisa buangan sehari (tan metrik)

  3. Berat kitaran (tan metrik)

  4. Jumlah sisa terhasil (tan metrik)

Kadar Kitaran

Tahun

(A)

(B)

(C)

(D) = (A + C)

(C/D)

2005

416,254

1,140

96,032

512,286

18.75%

2006

463,750

1,270

119,964

583,714

20.05%

2007

490,729

1,342

125,504

617,575

20.32%

2010

426,152

1,167

129,804

555,956

23.35%

FAKTA :

  • 2010 – Sebanyak 38,094 pokok telah ditanam di seluruh negeri Pulau Pinang.

  • 2010 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengumpulkan sejumlah RM284,790.00 hasil daripada kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’. Wang tersebut telah diakaunkan ke dalam kumpulan wang kebajikan negeri bagi menampung pemberian bantuan kewangan kepada ketua isu rumah miskin tegar.

  • Berhubung pengurusan E-waste yang dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual SW 110 berdasarkan Jadual 1, Peraturan 2 seperti mana dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, terdapat 23 premis kitar semula sepenuhnya (full recovery) dan 41 premis yang menjalankan aktiviti kitar semula separa (partial recovery) berlesen. Bagi memastikan pengurusan e-waste yang berkesan, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang melesenkan premis yang terlibat dalam aktiviti seperti pengumpulan peleraian dan pelupusan yang mana perlu dikawal bagi memastikan tiada pencemaran terhadap alam sekitar. Kini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai 30 pusat kitar semula.

TAHUKAH ANDA? 

  • Tahun 2009, enam kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 juta sebulan.

  • Tahun 2008, enam kumpulan pasaraya utama di negeri Pulau Pinang telah mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg plastik sebulan). Data ini belum lagi merangkumi pengeluaran beg plastik oleh pengusaha-pengusaha lain seperti penjaja-penjaja atau pasaraya mini.

  • Setiap rakyat negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kilogram (kg) sampah sarap  setiap hari. Pada tahun 2007,  MPPP dan MPSP  telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta  untuk pelupusan sisa pepejal. Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperoleh PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.

NASIHAT KERAJAAN NEGERI :

  • Sediakan beg membeli-belah, kurangkan beg plastik.  

  • Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).