Exco harap Konvensyen Budaya Jepun tarik pelancong

GEORGE TOWN – Konvensyen Budaya Jeput 2013 yang diadakan selama dua  hari bermula pada 17 Ogos lepas di Pusat Konvensyen Straits Quay diharap dapat menarik pelancong tempatan dan asing ke negeri ini.

Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan,  Law Heng Kiang berkata demikian pada satu kenyataan di sini baru-baru ini.

“Konvensyen ini bakal dipenuhi dengan peminat tempatan dan luar negara,” ujar Danny yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang.

Datuk Jimmy Choo antara dif kehormat yang hadir pada keraian tersebut. Difahamkan, kehadirannya itu bagi memberi sokongan pada anaknya, Danny Choo.

Danny Choo merupakan peribadi yang bertanggungjawab membawa konvensyen buat julung kalinya itu ke Pulau Pinang.

“Pulau Pinang sekarang sudah banyak berubah ke arah kebaikan dan saya amat kagum dengan sesetengah seni di tepitepi jalan,” ujar Jimmy Choo.

Perkembangan terbaru itu sekaligus mengembangkan lagi industry pelancongan Pulau Pinang.