FAP terima tajaan KN RM4 juta, sebarang tambahan bergantung kepada prestasi semasa – KM

TAJAAN… Kerajaan Negeri pada 30 November lalu menyampaikan tajaan bernilai RM4 juta kepada skuad bola sepak Pulau Pinang bagi musim hadapan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah tajaan itu adalah berdasarkan prestasi semasa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

“Kerajaan Negeri akan terus menaja FAP (bagi musim akan datang) dan sebarang tambahan peruntukan tajaan adalah bergantung kepada prestasi semasa FAP nanti.

“Hari ini, kita (Kerajaan Negeri) hanya menyerahkan sebahagian (RM4 juta) daripada RM8 juta tajaan yang diluluskan,” ujarnya sebelum menyerahkan replika cek kepada Pengurus FAP baru dilantik, Zairil Khir Johari.