FESKOM cungkil bakat muda

BAKAT MUDA… Festival Sukan Kombat (FESKOM) yang dianjurkan sempena Pesta Pulau Pinang 2013 baru-baru ini bertujuan mencungkil bakat muda dalam sukan karate di sini.

Menurut Setiausaha Persekutuan Karate Pulau Pinang (PKPP), William Tang, acara tersebut berjaya mengumpulkan 200 peserta dari 10 pasukan dan memperoleh satu penyertaan dari luar negara iaitu Iran.

“Pertandingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Kata’ dan ‘Kumite’ yang dipecahkan kepada kategori umur 10 – 11 tahun, 12 – 13 tahun, 14 – 15 tahun, 16 – 17 tahun dan 18 – 21 tahun,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

William memberitahu, penganjuran tersebut merupakan kali pertama diadakan di luar yang mana kebiasaannya di Majlis Sukan Negeri (MSN), Batu Uban.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi II MSN, Datuk Ong Poh Eng dan Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng.