Festival 11-12 Ogos di Kampung Terus demi pulihara warisan, kawasan tanam padi negeri – ADUN Penanti

GEORGE TOWN – Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang di Laman Padi Kampung Terus dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti akan berlangsung pada 11 dan 12 Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin berharap, Kampung Terus yang dianggap sebagai salah satu kawasan penanaman padi terawal dan tertua di negeri ini, menjadi satu lagi produk pelancongan Pulau Pinang.

“Festival berrtemakan ‘Padiku, Warisanku’, kita bukan sahaja inginkan nilai warisan ini dikekalkan, malah kawasan penanaman padi seperti di Kampung Terus juga terus dikekalkan dalam arus pembangunan negeri.

“Sesungguhnya, penanaman padi ini penting kerana bekalan beras akan menjamin keselamatan makanan negara,” jelasnya dalam sidang media di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada petang 6 Ogos 2018.

Bercakap pada sidang media sama, Exco Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian, Yeoh Soon Hin memberitahu, festival buat julung kalinya diadakan itu akan mengimbangi acara pelancongan antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Info lanjut, layari laman web www.penangpaddyfestival.com atau Facebook “Penang Paddy Festival”.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ADLEENA RAHAYU MD. RADZI