MBPP anjur Dota 2 League, cungkil bakat kakitangan

Admin

GENERASI MILENIA…. Cyber Games atau E-Sukan merupakan industri baharu yang dapat melonjakkan industri sukan negara, ujar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ar. Yew Tung Seang.

Tung Seang berkata e-sukan bukan sahaja diminati oleh generasi milenia dan anak-anak muda sebaliknya merupakan sejenis sukan yang menguji ketangkasan minda pemain menggunakan peranti elektronik atau video game.

Permainan ini menguji secara fizikal dan ketangkasan minda individu atau kumpulan dengan menggunakan peranti elektronik.

Menyedari gaya hidup baharu dalam generasi milenia ini, e-sukan ini juga telah diangkat sebagai kategori baharu di dalam penganjuran Sukan Asia Tahun 2018 nanti yang akan berlangsung di Indonesia, Ogos ini,” ujarnya pada program Dota 2 League Your Road To E-Sport Tournament bertempat di [email protected], di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pelesenan MBPP, Azman Sirun.

Penganjuran e-sukan di peringkat MBPP julung kali diadakan yang dikelolakan Kelab Sukan MBPP.

Tung Seang sejurus selepas itu, turut menyaksikan seramai 30 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenan berentap sesama sendiri bagi merebut pelbagai hadiah menarik, antaranya juara membawa pulang hadiah bernilai lebih RM1,300.