Mesyuarat di semua peringkat demi pastikan trend HFMD merosot – Menteri Kesihatan

DATUK KERAMAT – Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kementeriannya akan terus mengadakan sesi mesyuarat bersama-sama pihak sekolah serta pengusaha tadika dan pusat asuhan kanak-kanak di seluruh negara demi memastikan sohor kini (trend) penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merosot secara berterusan.

“Tiada kes kematian baru disebabkan HFMD ini.

“Ketika ini, sehingga 3 Ogos, sebanyak 770 kes, hari ke-10 sebelumnya menyaksikan penurunan sebanyak 19.1 peratus,” jelasnya ketika melawat Hospital Pulau Pinang di sini 5 Ogos 2018.

Menurut Dzulkefly, sehingga 3 Ogos tahun ini, sebanyak 631 premis seperti sekolah, pra-sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan kelas-kelas di sekolah diarahkan tutup akibat wabak HFMD.

Namun, ulasnya, sehingga 3 Ogos lalu menyaksikan 52 premis sahaja ditutup akibat wabak.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB