Fit Check Warisan Walk semarak warisan, perpaduan masyarakat

31c3fea4 0581 4832 bfa6 754884545b2a

PULAU BETONG – Penganjuran Fit Check Warisan Walk bukan sahaja menjadi platform menyemarakkan penghargaan terhadap warisan tempatan, malah mencerminkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, kepelbagaian latar belakang dan agama tidak menghalang rakyat negeri ini untuk bersatu serta berbangga sebagai rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.

Menurut beliau, pemakaian busana tradisional yang diperagakan para peserta pada program berkenaan melambangkan keunikan warisan negeri yang wajar terus dihargai dan dipelihara.

“Hari ini kita mengumpulkan semua peserta dengan pakaian yang begitu menarik, iaitu busana tradisional kita yang melambangkan warisan unggul, khususnya di negeri Pulau Pinang.

“Walaupun kita datang daripada latar belakang dan agama yang berlainan, kita tetap bangga menggelarkan diri sebagai orang Pulau Pinang dan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Program Yakin Madani – Fit Check Warisan Walk di Kompleks Sukan Balik Pulau dekat sini pada 28 November 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rahman Mohd. Din; Ahli Parlimen Balik Pulau, Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Pegawai Daerah Barat Daya, Dato’ Rosli Halim serta Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Yap Lee Ying.

8e9c920c 100d 4002 896e 1b3acd346c91 fa518e9b 3157 465a b8f5 b76013e72034 4446f49f 903b 44ca a310 c5be532872b4 560c7ec7 8e84 46fe 9b4b 75ba1b18603f
Mengulas lanjut, Zi Sen berkata bahawa program berkenaan turut membawa mesej penting mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.

“Aktiviti berjalan kaki dan bersukan tidak seharusnya dilakukan hanya ketika menyertai program tertentu, sebaliknya perlu dijadikan amalan berterusan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Selain menyemarakkan semangat terhadap warisan kita, program ini juga merupakan satu aktiviti yang sihat kerana kita mahu menggalakkan lebih ramai rakyat untuk sentiasa aktif dalam kehidupan seharian.

“Justeru, saya berharap semua dapat menggalakkan bukan sahaja ahli keluarga, malah sahabat handai untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat demi kesejahteraan semua,” ujarnya.

54290c9a 3f35 4135 80e5 161caa9f5124 fe733473 5a8c 4ff7 bf0b 9dc185234693 c6205209 1c48 411a 8a25 b2865d636d2e 986c2114 1666 4925 ab9a ccd30fe6984e
Mengulas penganjuran Program Yakin Madani, Zi Sen merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana memilih Pulau Pinang sebagai antara lima negeri bagi penganjuran program berskala besar berkenaan.

“Diharapkan program yang berlangsung selama dua hari sehingga 29 November tidak terhenti setakat penganjuran kali ini, sebaliknya menjadi pemangkin kepada penglibatan komuniti secara berterusan.

“Kesihatan perlu diutamakan, budaya bersukan perlu diperkukuh dan potensi belia perlu terus diperkasakan. Inilah asas untuk membentuk masyarakat Pulau Pinang yang produktif, berdaya tahan dan sejahtera,” jelasnya.

Difahamkan, program berkenaan turut menarik penyertaan ratusan peserta yang hadir dengan mengenakan pelbagai busana tradisional, selain berpeluang membawa pulang sebuah motosikal menerusi cabutan bertuah serta 12 hadiah menarik lain yang disediakan pihak penganjur.

ada51e91 b4aa 4390 b618 9e2455df9fa8 9b873f72 c2e6 4b04 a43c 0609ccbfc9ec 98025ba1 22c7 4eb0 be0e c59d7ad24d0c bfc0e7e7 4f63 49ce b171 5144d5f73659 f5396244 8f7b 4e0f 829f b2bcfc11de8b 02e1e9cf 20d6 4d98 9744 26f4d3c6a3ef

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT