Pulau Pinang perkukuh komitmen pembangunan fizikal, modal insan komuniti India

Admin
9c07f934 edfe 42da ad60 5362fb298784 KETUA Menteri menyampaikan ucapan dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2026 di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan fizikal dan pemerkasaan modal insan komuniti India menerusi penyediaan infrastruktur serta sokongan pendidikan mampan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, pendekatan inklusif itu diterjemahkan secara konsisten demi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat terus terbela.

Menurut beliau, projek penempatan semula bersepadu Ladang Byram di Seberang Perai Selatan bernilai RM18 juta menjadi antara inisiatif utama yang merangkumi pembinaan 68 unit rumah teres, sebuah sekolah dan kuil.

“Kerajaan Negeri turut membangunkan krematorium elektrik moden di Jalan Siram, Butterworth bagi kemudahan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2026 di sini hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

8cf38513 e573 4dec b2fe f0da851a90ab
JAGDEEP Singh Deo

d0b40cf1 170f 4ffb 806e 3cbd58f5531c e8e88f1b fc67 4730 bdf1 d3cae4ecc666 Turut hadir menyampaikan ucapan ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Mengulas mengenai pemerkasaan pendidikan, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi memaklumkan bahawa kesemua 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini telah memperoleh hak milik tanah masing-masing.

“Inisiatif ini membuktikan pembangunan komuniti turut merangkumi aspek pendidikan serta pembinaan modal insan secara menyeluruh,” ujarnya yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

f979d6c0 6ef5 4af7 961e 6ed2cc5b61faSelain itu, beliau memberitahu bahawa Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang telah menyalurkan dana biasiswa berjumlah RM5 juta sejak tahun 2010 yang memberi manfaat kepada seramai 3,900 pelajar India di negeri ini.

Daripada jumlah tersebut, beliau menyatakan bahawa seramai 156 pelajar menerima bantuan pendidikan bernilai keseluruhan RM149,000 sepanjang tahun lalu.

“Kemajuan sebenar negeri ini perlu dinikmati bersama oleh setiap keluarga tanpa mengira latar belakang selaras dengan Visi Penang2030,” tegasnya.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : ALISSALA THIAN