Fokus demokrasi tulen Kerajaan Tempatan – Ramlah Bee

Admin

HASRAT melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sungguhpun menerima layanan dingin daripada kerajaan pusat tidak pernah mematahkan semangat Ramlah Bee Asiahoo untuk merealisasikan iklim demokrasi tulen di negeri berkenaan.

Taklifan sebagai Ahli Majlis MPPP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bajet Responsif Gender (GRB) dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendemokrasi lagi potensi rakyat khususnya dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sekitar George Town.

Dalam pertemuan dengan wartawan Buletin Mutiara (BM), ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini, beliau berkongsi kejayaan merealisasikan GRB di PPRT Jalan Sungai, George Town.

Beliau berkata, bukan mudah untuk MPPP menggembleng partisipasi penduduk setempat di situ kerana Kerajaan Negeri era Barisan Nasional (BN) seakan mengabaikan kebajikan di kawasan perumahan tersebut melainkan pada musim pilihanraya.

Lanjutan itu, katanya, budaya demokrasi setempat melalui persatuan penduduk hampir tidak berfungsi demi kepentingan bersama.

“Di flat PPRT, kita telah melaksanakan GRB di (PPRT) Jalan Sungai bagi peringkat MPPP. Di peringkat MPSP, di (PPRT) Ampang Jajar pada tahun ini.

“Dulu, menjadi dilema bagi MPPP untuk mendapatkan kerjasama daripada persatuan penduduk, termasuk di (PPRT) Jalan Sungai.

“Tak dapat respon baik daripada penduduk. Ada satu dilema komunikasi di situ.

“Kita tidak mahu masalah ini berpanjangan dengan tiada fokus pada isu penempatan rakyat miskin di situ.

“Melalui projek GRB, wakil Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah berkampung di situ selama beberapa bulan sepanjang tahun ini dan kita melihat masalah penduduk serta isu-isu kebajikan serta kelemahan infrastruktur di tempat mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang juga Ahli Lembaga Pengarah PWDC banyak membantu beliau memahami konsep Gender, Urus Tadbir Baik dan GRB dalam usaha menerapkan pemahaman ini kepada kakitangan MPPP dan mendekatkan MPPP dengan penduduk setempat di PPRT Jalan Sungai sejak 11 bulan lepas.

“Walaupun kita tahu bahawa tunggakan bayaran sewa (kediaman) mereka itu agak tinggi, namun, dalam melaksanakan tanggungjawab sosial majlis perbandaran terhadap rakyat termiskin, maka kita teruskan usaha murni ini (GRB).

“Hasil usaha selama 11 bulan ini, kita melihat satu hubungan komunikasi yang baik serta mengeratkan hubungan antara rakyat termiskin di situ dengan majlis perbandaran.

“Ada yang tiada pekerjaan tetap, ada penggangur, ada yang cacat (OKU – orang kurang upaya), ibu tunggal, warga emas yang terbiar,
pelbagai kategori gender di situ, GRB menjadi satu usaha yang murni dan baik.

“Sepanjang interaksi ini berlangsung, kita (MPPP & PWDC) pun telah berkongsi pengalaman serta melontar idea-idea untuk menjana pemikiran mereka melalui mesyuarat yang diadakan secara berkala.

“Kita (MPPP & PWDC) juga mengadakan program-program komuniti seperti pameran, senaman, aktiviti-aktiviti riadah dan mesyuarat, dialog dan bancian bersama penduduk di bawah konsep Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

LANCAR HARI MENGUNDI BAJET

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, MPPP turut melancarkan Hari Mengundi Bajet di PPRT Jalan Sungai yang dikatakan buat kali pertama dilakukan di negeri tersebut.

Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri dulu tidak pernah mengemukakan bajet PBT berasaskan suara penduduk setempat.

“GRB umumnya adalah masyarakat menentukan hala tuju bajet Kerajaan Tempatan.

“Pada hari itu, telah diadakan hari mengundi bajet di mana ianya adalah satu proses demokrasi tempatan.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan BN, PBT (pihak berkuasa tempatan) iaitu MPPP dan MPSP yang menentukan jumlah bajet serta apakah kegunaan bajet bagi PPRT itu.

“Rakyat miskin tiada ruang untuk bersuara sedangkan mereka membayar cukai.

“Tetapi sekarang, kita (MPPP) adakan Hari Mengundi Bajet untuk rakyat sendiri mendapat respon serta penjelasan – apakah keperluan
di kediaman mereka sebelum suatu bajet dirangka lalu dilaksana oleh PBT.

“Mereka tentukan keperluan-keperluan menaiktaraf atau projek landskap asas atau isu kebersihan atau isu keselamatan yang wajar dilaksanakan oleh MPPP.

“Mereka boleh mengundi dalam tujuh perkara untuk memastikan MPPP melaksanakan bajet keperluan mereka.

“Semua penduduk setempat di situ terlibat dalam Hari Mengundi Bajet Selama tiga hari,” ujar beliau.

CABARAN & HARAPAN

Beliau mengaku, banyak cabaran yang dilalui sebagai Ahli Majlis tiga tahun lepas terutamanya daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan.

“Banyak kekangan diterima dalam merealisasikan demokrasi tulen di negara ini, tapi, itu tidak boleh menjadi alasan untuk kita diam dan tidak melakukan apa-apa yang diharapkan oleh rakyat setempat.

“Kita sebagai Ahli Majlis jangan kecil hati apabila terima aduan daripada rakyat, tetapi, terus bekerja ‘25 jam’ sehari jika ya ada lebih sejam lagi (dalam) sehari.

“Pengenalan GRB di Pulau Pinang boleh dikatakan suatu kejayaan untuk membela hak rakyat di bawah PBT. GRB di Pulau Pinang ini adalah yang pertama dalam sejarah negeri ini walaupun ianya telah diamalkan di kira-kira 60 negara berstatus maju di peringkat dunia.

“Justeru kita berharap, GRB ini mendapat partisipasi semua pihak dan ianya terdapat dalam Agenda Wanita Malaysia dengan misi Wanita Berdaya Negara Sejahtera dalam usaha menerapkan peka gender di peringkat PBT.

“MPPP dan PWDC serta penglibatan masyarakat umum akan menjayakan misi demokrasi, peka gender dan GRB di peringkat negeri ini dan hasilnya memberi impak kelangsungan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

“Semoga semua inisiatif ini meletakkan Pulau Pinang sebagai model perbandaran demokrasi tulen baru untuk masa depan Malaysia kelak,” ujar beliau.

RAMLAH Bee Asiahoo ketika berucap dalam s a t u m a j l i s gotong-royong s e m p e n a kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.
RAMLAH Bee
Asiahoo ketika
berucap dalam
s a t u m a j l i s
gotong-royong
s e m p e n a
kempen Pulau
Pinang Bersih,
Hijau, Sihat dan
Selamat.

 

SUASANA Hari Mengundi Bajet di PPRT Jalan Sungai.
SUASANA Hari
Mengundi Bajet
di PPRT Jalan
Sungai.