Futsal persahabatan seri dua sama

ERAT PERSAHABATAN... Bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Kesatuan Eropah (EU), satu perlawanan Futsal Persahabatan telah berlangsung di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri dua sama itu berlangsung hebat dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan dalam permainan agak seimbang.

Paling mencuri tumpuan adalah jaringan gol Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain. Turut mewakili pasukan Kerajan Negeri adalah Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang.

Sejurus tamat perlawanan, para delegasi EU turut dijemput Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Ong Kok Fooi untuk menikmati jamuan durian yang dibawa khas dari Balik Pulau.

PARA pemain kedua-dua pasukan bergambar kenang-kenangan selepas tamat Perlawanan Futsal Persahabatan antara Kerajaan Negeri dan delegasi EU di sini baru-baru ini.
PARA pemain kedua-dua pasukan bergambar kenang-kenangan
selepas tamat Perlawanan Futsal Persahabatan antara Kerajaan
Negeri dan delegasi EU di sini baru-baru ini.