Imbuhan bonus 2 bulan untuk PDC

MERIAH & BERCAHAYA… Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, seramai 45 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Kebajikan Seri Cahaya telah diraikan dalam majlis Rumah Terbuka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini baru-baru ini.

Selain sumbangan duit raya, kumpulan kanak-kanak tersebut turut dibawa ke sebuah pasaraya untuk mendapatkan pakaian baru.

Pengerusi PDC yang juga Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, inisiatif tersebut adalah selaras dengan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengutamakan golongan memerlukan.

Beliau dalam pada itu turut berharap kecemerlangan PDC akan berterusan dengan perkhidmatan berhemah untuk kemajuan serta kebanggaan rakyat negeri Pulau Pinang.

Guan Eng turut mengumumkan imbuhan bonus selama dua bulan kepada kakitangan perbadanan berkenaan.

KETUA Menteri bergambar kenangan bersama-sama pucuk kepimpinan Kerajaan Negeri dan kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Seri Cahaya sempena Rumah Terbuka Deepavali PDC di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri bergambar kenangan bersama-sama pucuk kepimpinan
Kerajaan Negeri dan kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Seri Cahaya
sempena Rumah Terbuka Deepavali PDC di sini baru-baru ini.