Minat & sabar dorong Saijah ceburi pelbagai bidang perniagaan

PRODUK kraftangan menggunakan bahan kitar semula.
PRODUK kraftangan
menggunakan bahan
kitar semula.

 

KEREPEK daun bayam yang turut menjadi permintaan ramai.
KEREPEK daun bayam yang turut menjadi permintaan ramai.
B A H A N - b a h a n penyediaan kuih karipap dan kerepek daun bayam.
B A H A N – b a h a n
penyediaan kuih karipap
dan kerepek daun bayam.

 

S A I J A H S h a r i f f membungkus kerepek daun bayam yang telah siap digoreng.
S A I J A H S h a r i f f
membungkus kerepek
daun bayam yang telah
siap digoreng.

Oleh: YAP LEE YING
Gambar: IDZHAM AHMAD

ORANGNYA pemalu, namun, apabila melihat ketangkasan beliau berkerja, semua akan terpegun.

Setelah 17 tahun menabur khidmat dalam industri perkilangan, ibu tunggal, Saijah Shariff, 59, memutuskan untuk berhenti dan mengambilalih warung kecil-kecilan arwah bapanya yang terletak di hadapan kediaman beliau di Jalan Imam Hj. Harun, Kampung Titi Teras, Balik Pulau.

Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan berteraskan minat Saijah dalam bidang masakan membuahkan hasil apabila beliau mula menerima tempahan kuih-muih jualannya.

Paling istimewa adalah kuih karipap pusing beliau yang begitu ranggup, rata dan comel sekali.

“Goreng karipap ada caranya. Api tidak boleh terlalu kuat sebab nanti karipap akan naik gelembung dan isinya jadi liat macam tak masak.

“Pada masa sama, api juga tidak boleh terlalu perlahan sebab nanti karipap yang digoreng makan minyak,’’ jelas Saijah ketika ditemui Buletin Mutiara (BM) di sini baru-baru ini.

Menurut Saijah yang dikurniakan tiga cahaya mata, beliau mula meminati bidang masakan terutamanya dalam pembuatan kuih ketika bekerja sebagai pembantu rumah pada usia 17 tahun.

“Saya akan tengok tuan rumah tempat saya bekerja masak dan lepas tu balik belajar sendiri.

“Untuk kuih karipap, saya cuba buat dua kali baru betul-betul menjadi. Ketika itu, memang seronok dan menambahkan lagi minat saya dalam bidang ini,’’ ujarnya sambil menghidangkan kuih karipap yang telah siap digoreng.

Selain karipap, Saijah turut mahir dalam pembuatan pelbagai jenis kuih-muih lain berdasarkan tempahan harian. Ini termasuk kuih-muih basah, kering serta tradisional seperti muruku, cakar ayam dan lain-lain. Malah, beliau turut memenuhi tempahan kuih menjelang musim perayaan.

Selain kuih karipap, produk beliau yang turut menjadi pemintaan tinggi adalah kerepek daun bayam.

Berlainan yang terdapat di pasaran, kerepek beliau adalah tidak berminyak dengan tepung kehitam-hitaman. Sebaliknya, ranggup, sedap dan tepung gorengnya adalah berwarna keputihan dengan sedikit keperangperangan.

“Cabaran membuat kerepek daun bayam adalah dalam mendapatkan bekalannya.

“Ini kerana, amat susah untuk mendapat daun-daun bayam yang besar dan segar. Sekiranya tiada bekalan, saya terpaksa memberhentikan pengeluaran produk kerana daun bayam yang kecil bukan hanya melambatkan proses menggoreng, malah, ia akan berlipat dan jadi tidak cantik,’’ ujar beliau yang turut arif dalam bidang mengurut.

Sikap Saijah yang ingin terus meningkatkan keupayaan diri turut mempengaruhi beliau menceburi bidang kraftangan sejak dua tahun lalu.

Antara produk yang dihasilkan adalah gubahan bakul-bakul untuk hantaran perkahwinan.

Uniknya, gubahan tersebut adalah menggunakan kertas kitar semula seperti suratkhabar.

“Bidang kraftangan adalah tidak susah. Cuma kena kreatif dalam corak serta seni bentuk rekaan,’’ tambahnya yang kini memiliki lima orang cucu.

Bagi Saijah yang mempunyai rancangan untuk memperluaskan pasaran produknya tidak menafikan bahawa kesabaran dan minat adalah faktor terpenting untuk berjaya dalam sesuatu bidang.

“Bagi Akak, semua pun Akak nak buat, cuma takde masa dan tak cukup tangan sahaja.

“Semua Akak buat sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa kecuali ketika banyak tempahan, adik datang membantu,’’ kata Saijah yang turut menghasilkan produk karipap sejuk beku kini.

INFO :
SAIJAH SHARIFF
554-A, MK E, Titi Teras,
Balik Pulau.
Tel. : 017 – 459 0722