GAPIEM diharap dapat menyatukan semua persatuan India Muslim, sebagai pihak pengantara rakyat dengan Pihak Berkuasa Negeri

Admin

GEORGW TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, tengah hari tadi, menerima kunjungan hormat daripada 20 perwakilan Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (GAPEIM) di pejabatnya, Komtar di sini.

Ketika berucap, Timbalan Presiden GAPIEM, Haji Munower Mke Kader Sultan menyatakan hasrat gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk memohon sebidang tanah kira-kira dua ekar bagi membina kompleks serta pusat perkembangan komuniti India Muslim di negeri ini.

Dalam reaksi spontan, Kon Yeow memuji komitmen serta sumbangan komuniti India Muslim dalam arus pembangunan negeri, sejak sebelum merdeka hingga kini.

“Semoga dengan gabungan yang baru ini, dapat menyatukan semua persatuan India Muslim, menjadi satu landasan untuk menyuarakan pendapat serta menjadi pihak pengantara rakyat dengan Pihak Berkuasa Negeri.

“Terima kasih kerana mengetengahkan beberapa isu, tentunya Kerajaan Negeri perlu meneliti, sebahagian mungkin boleh diselesaikan segera, manakala sebahagian lagi perlu mengambil masa juga untuk diselesaikan, terutama isu (permohonan) tanah memang memerlukan Kerajaan Negeri melihat daripada semua segi kepentingan dan kesesuaian,” jelasnya.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut sertai kunjungan hormat itu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD