Gema Maulid gegarkan Padang Kota Lama sempena Maulidur Rasul

GEORGE TOWN – Perkarangan Padang Kota Lama baru-baru ini bergema dengan alunan selawat dan pelbagai pengisian program keagamaan, Gema Maulid sempena sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal 1438H.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sentiasa memberi keutamaan untuk meninggikan syiar Islam melalui pendekatan Islam Rahmatun Lil’ Alamin.

“Islam adalah agama kasih sayang dan keamanan serta membawa rahmat ke seluruh alam. “Selain daripada penyatuan ummah, program-program seumpama ini juga boleh memupuk cinta dan diharap menjadi wasilah (ikatan) dalam kalangan anak-anak muda untuk mengingati dan mencontohi keperibadian Rasulullah.

“InshaAllah, kita (Kerajaan Negeri) akan meneruskan program-program seperti ini pada tahun-tahun akan datang dan ia adalah salah satu cara untuk orang-orang Islam terus maju ke hadapan,” ujarnya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung pada penganjuran berkaitan di sini.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Azrizal Tahir.

Kira-kira 1,000 pengunjung tidak melepaskan peluang berhibur sambil berselawat bersama-sama artis terkenal tanah air yang didatangkan khas iaitu Faizal Tahir dan Hafiz Hamidun.

Sebelum itu, Abdul Malik turut meluangkan masa bersama-sama masyarakat setempat mengadakan solat jemaah dan solat hajat untuk keamanaan warga Rohingya di pekarangan padang tersebut. Bersempena Gema Maulid, turut diadakan Ekspo Pengguna dan Perdagangan 2016 dan Program Pembelajaran Kreatif Menggunakan Bahasa Inggeris 2016 pada sebelah siangnya.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);