Guan Eng difitnah tolak RM220 juta untung, Chang Yeow terima Notis Tuntutan Guaman

BAYAN LEPAS – Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow diberi notis tuntutan guaman gara-gara memfitnah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kononnya menolak keuntungan RM220 juta dalam suatu rundingan berkaitan pembangunan masa depan Pulau Jerejak sebelum ini.

“Pihak saya telah pun memberi notis tuntutan guaman kepada Teng (Chang Yeow).

“Kalau dia (Chang Yeow) tidak mampu mengemukakan bukti kepada media seperti yang saya tuntut,   bolehkah dia mengemukakan bukti di mahkamah,” jelasnya pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Kompleks PDC Bayan Lepas di sini pada 20 Disember 2016.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pantai Jerejak), Dato’ Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengakutan dan Utiliti) serta Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC).

Dalam salinan Notis Tuntutan Guaman Guan Eng adalah merujuk kepada kenyataan Chang Yeow pada 16 November lepas, yang disiarkan dalam portal berita, The Star Online.

Pada majlis sama, Guan Eng yang juga Pengerusi PDC turut menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM2,000 kepada Persatuan Kebajikan Shammah Butterworth Pulau Pinang.

Turut disampaikan adalah sumbangan kepada keluarga mendiang Kh’ng Hoe Keong yang ditemui meninggal dunia di dalam teksi miliknya baru-baru ini.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);