George Town, Malaysia No. 1 di dunia dalam penjagaan kesihatan

GEORGE TOWN – George Town, Pulau Pinang terus mendahului apabila InternationalLiving.com mengiktiraf bandar raya berkaitan dan Kuala Lumpur sebagai dua lokasi di Malaysia yang menawarkan pekhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di dunia.

Artikel yang diterbitkan pada 5 Januari 2017, bertajuk ‘4 Countries with the Best Health Care in the World 2017’ itu, turut menyenaraikan Costa Rica di tangga kedua, Columbia dan Mexico masing-masing di tangga ketiga dan keempat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika mengumumkannya berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan bukan sahaja berpatutan, malah mudah diakses.

“Hal ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai bandar raya perubatan yang unggul.

“Pastinya, tumpuan diberikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya perubatan dan untuk itu, pihak Kerajaan Negeri kini giat berbincang dengan Southeast Healthcare untuk membawa masuk pelaburan berjumlah RM1 bilion untuk memperluaskan industri perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini,” jelasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Guan Eng turut menyifatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan di Malaysia, khususnya Pulau Pinang adalah setanding piawaian antarabangsa selain mempunyai doktor-doktor pakar berkemahiran tinggi dengan kos berpatutan.

Layari pautan artikel penuh, https://internationalliving. com/2017/01/4-countries-best-healthcare-world/) .}