Gotong-royong JKKK Taman Sempadan basmi eades

Admin

GOTONG-ROYONG… Menyahut seruan Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Sempadan di bawah Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN Air Putih) telah menganjurkan program gotong-royong baru-baru ini.

Ia dianggotai oleh 15 ahli JKKK Taman Sempadan, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan MBPP (6) dan penduduk sekitar.

Antara Ahli-ahli Majlis MBPP terlibat, Chris Lee Chun Kit serta Joseph Ng Soon Siang. Tidak terkecuali, dua pegawai dari KADUN Air Putih, Hong serta Mohamed Farook Ismail.

Pengerusi JKKK Taman Sempadan, P.R. Kaliyappan berkata, penganjuran tersebut adalah bagi memastikan tahap kebersihan kawasan sekitar adalah berada dalam keadaan terbaik.

“Serentak itu, kami juga ingin memastikan tiadanya lokasi pembiakan nyamuk aedes, malah peluang turut digunakan untuk memastikan semua infrastruktur kawasan berada dalam keadaan baik,’’ katanya kepada Buletin Mutiara.

Sebagai tambahan, pada program yang berlangsung selama tiga jam bermula pada 10 pagi itu, Kaliyappan turut membuat laporan berhubung status terkini dalam mengenal pasti masalah dan kerosakan beberapa jalan atau sungai di sini.