Guan Eng dedah terperinci tender terbuka Bayan Mutiara

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

CONTOH kediaman Bayan Mutiara.
CONTOH kediaman Bayan Mutiara.

 

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng terus mendesak dua pemimpin UMNO supaya meninggalkan arena politik masing-masing sambil mendedahkan secara terperinci mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara yang dilakukan secara tender terbuka.

Dua pemimpin berkenaan adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Fakta :

Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan melalui “Request For Proposal” yang merupakan:
• Tender terbuka yang berdaya saing.
• Dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar; dan
• Diperhatikan oleh Juruukur Bertauliah dan Penilai Berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, KL dan Singapura.

Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih.

KETUA Menteri menunjukkan bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara yang dilakukan secara tender terbuka pada majlis sidang akhbar di Komtar di sini barubaru ini.
KETUA Menteri menunjukkan bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara yang dilakukan secara tender terbuka pada majlis sidang akhbar di Komtar di sini baru-baru ini.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu.

Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010, hanya empat tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:
1. Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd.

2. Ivory Properties Group Berhad (Ivory)

3. AG Pearl Sdn. Bhd. (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta)

4. SP Setia Berhad (SP Setia)

Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka (Ivory) telah dipilih. Kemudian, Kerajaan Negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada lapan tahun kepada lima tahun.

Ini telah diterima oleh Ivory. Soal Guan Eng, adakah kedua-dua pemimpin tersebut sudi bersara daripada politik dengan serta-merta memandangkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing.