Gurney Paragon X-Ride 2012 – Daftar segera!

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNBagi peminat acara kayuh lasak, jangan lepaskan peluang menyertai Gurney Paragon X-Ride 2012 dengan tawaran hadiah cabutan bertuah utama berbentuk basikal jenama terkemuka bernilai kira-kira RM7,500.

Sehingga kini, seramai 800 peserta telah mendaftar dalam acara yang akan berlangsung pada 7 Oktober ini membabitkan kayuhan sejauh 50 kilometer (km). Jumlah penyertaan hanya terhad kepada 1,000 peserta sahaja.

Yuran pendaftaran adalah bernilai RM70. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Cik Loo Ai Lee di emel, looal@hunzagroup.com atau talian, 016 – 481 9071 atau 04 –228 8266. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang, http://howei.com.my/ event/gurney-paragon-x-ride-2012.

Dalam pada itu, penganjuran tersebut juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang bakal mengambil bahagian dalam acara Fun Ride.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Komuniti Lydia Ong Kok Fooi berkata, objektif penganjuran adalah bagi mencapai sasaran kutipan amal sebanyak RM25,000 untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan memerlukan.

“Penganjur utama acara tersebut adalah Hunza Properties (Penang) Sdn. Bhd.

“Malah, pihak terbabit juga bakal membuka beberapa gerai jualan di Dataran Gurney Paragon dan acara-acara seperti persembahan band, deejay spinning dan permainan di atas pentas akan dipersembahkan selain 70 hadiah cabutan bertuah,’’ katanya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Juga bakal mencuri tumpuan adalah pameran pemilik basikal antik, Cheng Kim Heng yang mana beliau akan mempamerkan 15 jenis basikal antik koleksinya serta basikal tertua semenjak 1887 yang dihasilkan di England.

LYDIA Ong Kok Fooi (berbaju ungu) bersama-sama para penaja Gurney Paragon Gurney Paragon X-Ride
LYDIA Ong Kok Fooi (berbaju ungu) bersama-sama para penaja Gurney Paragon Gurney Paragon X-Ride