Tiga atlit Olimpik terima insentif RM10,000

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNTiga atlit kelahiran Pulau Pinang yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan Olimpik 2012 di London masing-masing menerima anugerah insentif sebanyak RM10,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).

Mereka adalah pemain beregu badminton, Chan Peng Soon, 24, memanah, Cheng Chu Sian, 26, dan pemain badminton perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan insentif kepada ketiga-tiga wira Pulau Pinang tersebut pada majlis khas di sini baru-baru ini.

Tiga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Law Choo Kiang dan  Lim Hock Seng serta Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang, Datuk Ong Poh Eng turut hadir pada majlis berkenaan.

Poh Eng semasa menyampaikan ucapan berkata, anugerah sebegitu adalah pertama kali diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada para atlit kelahiran Pulau Pinang bagi menggalakkan mereka berkerja keras demi mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.

Mewakili Kerajaan Negeri, Guan Eng turut merakamkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga atlit berkenaan.

Beliau berkata, diharap lebih ramai lagi atlit lahir dan bekerja keras bagi mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia dalam Kejohanan Olimpik 2016 kelak melalui insentif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri ini.

Dalam perkembangan sama, Datuk Lim Chong Wei turut menerima insentif RM100,000 atas kegigihannya memburu pingat emas dalam acara badminton perseorangan sungguhpun tewas di tangan pemain China, Lin Dan pada saingan saingan akhir.

CHAN Peng Soon, Cheng Chu Sian dan Tee Jing Yi menunjukkan replika cek insentif sumbangan PBAPP di sini baru-baru ini.
CHAN Peng Soon, Cheng Chu Sian dan Tee Jing Yi menunjukkan replika cek insentif sumbangan PBAPP di sini baru-baru ini.