HAPPY! bantu persatuan penduduk

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM50 juta di bawah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY!) demi memudahkan rakyat di negeri berkenaan memohon peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1Malaysia) yang berjumlah RM500 juta daripada kerajaan pusat.

Menurut beliau, syarat sedia ada yang digariskan kerajaan pusat bagi kelulusan TP1Malaysia adalah sukar untuk dipenuhi persatuan penduduk di Pulau Pinang hatta di negeri-negeri lain.

Syarat yang dimaksudkan antaranya satu-satu persatuan penduduk bagi rumah kos rendah (LC) dan rumah kos sederhana rendah (LMC) masing-masing mesti mengemukakan bajet 10 peratus dan 30 peratus daripada kos keseluruhan projek pembaikan atau naiktaraf kediaman mereka kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) demi mendapat kelulusan bajet TP1Malaysia.

“Persatuan penduduk tak mampu sedia 10 peratus (hingga) 30 peratus untuk dapatkan bajet baikpulih serta naiktaraf rumah-rumah mereka daripada pusat.

“Inilah masanya Kerajaan Negeri masuk dan bekalkan baki 10 peratus untuk rumah kos rendah dan baki 30 peratus untuk kos sederhana rendah…tiada alasan lagi untuk kerajaan (pusat) tolak permohonan rakyat,” ujar beliau pada Majlis Pelancaran HAPPY! Peringkat MPSP di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai, Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif dan Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPSP, Velzahmer Erdino Mohd. Tahir yang hadir menyampaikan taklimat.

KETUA Menteri diiringi Wong Hon Wai (depan, dua dari kanan) dan Maimunah Mohd. Sharif (depan, kiri sekali) menunjukkan sepanduk HAPPY! pada majlis pelancarannya di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri diiringi Wong Hon Wai (depan, dua
dari kanan) dan Maimunah Mohd. Sharif (depan,
kiri sekali) menunjukkan sepanduk HAPPY! pada
majlis pelancarannya di sini baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

mengenai pengurusan dan penyelenggaraan skim
bangunan berstrata.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Air Putih berkata, HAPPY! berjaya diwujudkan
hasil daripada ‘dividen anti rasuah’, iaitu hasil lebihan
kewangan (surplus) sebanyak RM88 juta bagi tahun
2008, tahun 2009 (RM77 juta), tahun 2009 (RM33 juta),
tahun 2011 (RM138 juta) dan terbaru kira-kira RM50
juta untuk tahun ini.
Sehingga awal bulan ini, difahamkan, 42 permohonan
telahpun diterima kedua-dua pihak berkuasa tempatan
(PBT).
“Saya harap, kita (persatuan penduduk) boleh mohon
(TP1Malaysia) cepat-cepat kerana Kerajaan Negeri
hanya ada RM50 juta untuk membantu rakyat
mendapatkan peruntukan RM500 juta bagi seluruh
negara,” ujar beliau sambil menjelaskan bahawa Pulau
Pinang merupakan satu-satunya negeri dalam negara
yang melaksanakan inisiatif HAPPY!.