Harap Penang PAC erat hubungan negeri, Korea

Oleh: MARK JAMES

BUKIT BENDERA – Performing Arts Centre of Penang (Penang PAC) yang dianjurkan baru-baru ini. diharap dapat mengeratkan lagi hubungan Pulau Pinang dan Korea, sungguhpun kedua-dua pihak itu mempunyai budaya yang berbeza.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri festival antara budaya tersebut, di sini.

“Saya harap hubungan sesama masyarakat yang berbeza budaya kian erat melalui festival seumpama ini,“ ujar beliau baru-baru ini.

Isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng turut hadir pada keraian tersebut.

Difahamkan, Malaysia diwakili oleh Kumpulan Seni Adikarma dari Universiti Sains Malaysia (USM), George Town.

Kumpulan tersebut mempersembahkan empat tarian tradisonal, iaitu Emparaga (tarian ritual dari Sarawak) , Joget Sri Pinang Muda, Ulik Mayang (tarian dari Kelantan) dan Silat Joget Gamelan.

Manakala, Korean National Traditional Dance Team pula mempersembahkan enam tarian negara itu, iaitu Dawn of the Palace, Tae Pyung Mu, Han Ryang Mu, Love Song, Sogo Dance dan Jingo Dance.

Festival Penang PAC itu dianjurkan secara bersama oleh The Brain Truster dan P.R.O.S.P.E.C.T.

Penganjuran program tersebut, dilihat sekaligus menyumbang pada hasrat Kerajaan Negeri untuk mengembangkan potensi sektor pelancongan di negeri ini.