Hentikan fitnah, digesa tunjuk semua resit perubatan Mat Sabu

Admin

GEORGETOWN – Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas Kerajaan Negeri serta digesa mendedahkan semua resit pembayaran kos perubatan Ahli Lembaga Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA), Mohamad Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai maklum balas terhadap fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kononnya Kerajaan Negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM 3,000 dana PBA.

“Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk. Saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang),” ujar beliau pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan, kos hospitaliti keseluruhannya adalah sebanyak RM 5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM 3,373.50.Ini bermakna, jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad adalah RM 8,434.05.

Sementara itu, Pengurus Besar PBA, Ir Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya wajar berlaku profesional dan menjalakan tanggungjawab korporat dengan membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.

“Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah ‘manfaat perubatan’. Ini adalah keputusan korporat. Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku di dalam PBA,” tegas beliau sambil menyatakan bahawa penggunaan manfaat tersebut adalah yang pertama bagi Mohamad pada tahun ini.

RESIT pembayaran kos perubatan Mohamad Sabu.
RESIT pembayaran kos perubatan Mohamad Sabu.

 matsabu2