Rakyat Pulau Pinang rai Hari Malaysia & Merdeka ke-54 serentak

Admin

TUN Abdul Rahman Abbas membuat pemeriksaan barisan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
TUN Abdul Rahman Abbas membuat pemeriksaan barisan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

 

BUTTERWORTHTuan Yang Terutama (T.Y.T) Negeri, Tun Datuk Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor Sharif menjadi tetamu kehormat utama di majlis penuh istiadat itu.

Dif kehormat lain antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk Mansor Haji Othman (Timbalan Ketua Menteri I) dan isteri, Dr P. Ramasamy dan isteri (Timbalan Ketua Menteri II) dan exco-exco kerajaan negeri turut dilihat bersama T.Y.T.

Lebih 100 kontijen dari agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan beragama serta pancaragam sekolah mengisi acara perbarisan di dataran utama.

Ketua Mentteri ketika berucap menyatakan bahawa beliau berharap rakyat di Pulau Pinang kian patriotik dengan sambutan Hari Malaysia yang diadakan di peringkat negeri.

“Dengan penganjuran ini, kita harap rakyat Pulau Pinang lebih patriotik di tanah air ini dengan kuat bekerja (demi) meningkatkan ekonomi negeri secara Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT),” ujar beliau sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia.