Hulurkan bantuan, ringankan beban

S A L E H I N Mohamed (kiri sekali) bersama pembantunya, Alif Fitri (kanan sekali) ketika mengadakan program ziarah dan lawat ke k e d i a m a n Abdullah Udoh (dua dari kiri) di Kampung Bagan Belat, Telok Air Tawar di sini baru-baru ini.
SALEHIN Mohamed (kiri sekali) bersama pembantunya, Alif Fitri (kanan sekali) ketika mengadakan program ziarah dan lawat ke kediaman Abdullah Udoh (dua dari kiri) di Kampung Bagan Belat, Telok Air Tawar di sini
baru-baru ini.

PRIHATIN… Nasib seorang warga emas yang menyara isteri serta empat anaknya dengan mengambil upah memotong rumput telah mendapat perhatian khas Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Air Tawar, Salehin Mohamed di sini baru-baru ini.

Ekoran itu, Salehin telah mengadakan lawatan khas dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada warga emas berusia 64 tahun, Abdullah Udoh yang menetap di Kampung Bagan Belat, Telok Air Tawar berkenaan.

Menurut Salehin, Abdullah terpaksa menyara empat orang anaknya yang masih bersekolah walaupun pendapatannya sebagai pemotong rumput tidak seberapa dan tidak tetap.

Malah, isterinya juga tidak bekerja dan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain, selain bergantung kepada pendapatan Abdullah.

Dalam pada itu, keluarga Abdullah juga memohon bantuan bagi membaiki kediaman mereka yang serba kekurangan dan usang serta bantuan sara hidup. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Salehin Mohamed di talian 017-4271581 atau emel beliau di [email protected].