Prasarana taman permainan perlu dijaga bersama

PULAU BETONG – Cabutan bertuah, acara jaringan gol dan perlawanan bola sepak jalanan (street soccer) yang diadakan sempena Karnival Bola Sepak di Masjid Daerah Balik Pulau, bukan sahaja menggamit penyertaan daripada para remaja, malah juga golongan kanakkanak.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, karnival tersebut diadakan sempena merasmikan pembukaan taman permainan kanak-kanak hasil sumbangan PPK dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Taufik Sulong.

“Taman permainan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kanak-kanak di sini, malah, turut memberi keriangan kepada mereka.

“Kita mahu anak-anak kita dilatih untuk kekal cergas dan mampu membesar menjadi insan yang cerdas mindanya,” kata Mohd. Tuah kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Mohd. Tuah dalam pada itu berharap sumbangan tersebut dapat dijaga sebaik mungkin dan tiada unsur-unsur vandalisme yang bakal merosakkan prasarana di taman permainan tersebut.

“Harta di taman permainan ini adalah harta bersama, diharap penduduk sekitar sini dapat menjaganya dengan baik,’’ ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan perlawanan bola sepak jalanan disertai pasukan PPK Pulau Betong, Ahli Majlis MPPP dan PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid.

MOHD. Tuah Ismail (tengah) membuat tendangan bersempena penganjuran Karnival Bola Sepak di Masjid Daerah Balik Pulau di sini baru-baru ini.
MOHD. Tuah Ismail (tengah) membuat tendangan bersempena penganjuran
Karnival Bola Sepak di Masjid Daerah Balik Pulau di sini baru-baru ini.