Inisiatif hadapi banjir dilaksana

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

SUNGAI DUA – Rentetan cuaca yang kerapkali hujan, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Dua, Zahadi Mohd. mengambil inisiatif khas dengan membaikpulih sistem saliran serta perparitan sedia ada di sini baru-baru ini.

Menurut Zahadi, pembinaan serta baikpulih sistem saliran dan peparitan adalah bagi persediaan menghadapi kemungkinan banjir di beberapa kawasan sekitar di sini.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini dengan hujan di sebelah malam menyebabkan penduduk di kawasan rendah mulai bimbang.

“Parit-parit yang dibina ini bukan sahaja memberi sedikit kelegaan kepada mereka, tetapi juga membolehkan semua pihak bersedia menghadapi bencana banjir sekiranya terjadi,” katanya di sini baru-baru ini.

Antara kampung-kampung yang terlibat dengan pembinaan sistem saliran dan peparitan tersebut adalah Sungai Lokan, Permatang Tok Jaya, Lahar Yooi dan Guar Kepayang di sini.

Dalam pada itu, beberapa laluan kampung turut ditarkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan terutama kepada penduduk di kampung Simpang Empat, Kampung Tobiar dan Pajak Song di sini.

ZAHADI Mohd. Ketika membuat pemantauan kerja-kerja pembinaan laluan mini tar di sini baru-baru ini.
ZAHADI Mohd. Ketika
membuat pemantauan
kerja-kerja pembinaan
laluan mini tar di sini
baru-baru ini.