Pelbagai lapisan penduduk dirai

Admin
MOHD. Salleh Man (berkopiah) bersama-sama sebahagian penduduk yang hadir pada Majlis Khas Sumbangan Deepavali DUN Permatang Pasir di sini baru-baru ini.

PERMATANG PASIR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man menyatakan bahawa suasana harmoni perlu dipupuk agar sifat kebersamaan dan saling hormat-menghormati sesama kaum terpelihara.

“Kita bersama dan sentiasa bersama tidak kira Melayu, Cina, India.

“Apatah lagi dalam kegirangan menyambut pelbagai perayaan seperti Aidiladha, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang,” tambahnya pada Majlis Khas Sumbangan Deepavali Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini baru-baru ini.

Bersempena majlis tersebut, sejumlah 50 buah keluarga berketurunan India diraikan dan menerima sumbangan hamper yang berupakan makanan asasi harian.

Turut diraikan adalah kira-kira 20 pelajar yang menerima sumbangan beg sekolah.

Mohd. Salleh berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) memainkan peranan penting sebagai penghubung antara penduduk dan kepimpinan tempatan.

“Malah, JKKK adalah ‘orang pertama’ yang akan mengetahui permasalahan penduduk terutama ketika berlakunya bencana,” jelas beliau.

MOHD. Salleh Man (berkopiah) bersama-sama sebahagian penduduk yang hadir pada Majlis Khas Sumbangan Deepavali DUN Permatang Pasir di sini baru-baru ini.
MOHD. Salleh Man (berkopiah) bersama-sama sebahagian penduduk yang
hadir pada Majlis Khas Sumbangan Deepavali DUN Permatang Pasir di sini
baru-baru ini.